Skip to main content
Berita TempatanBerita Sarawak

Putaran Banjir Besar 10 Tahun Banjirkan Mukah

By 22 Januari 2025Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Robin Junang (Sarawak)

MUKAH, 22 Jan (MalaysiaAktif) – Putaran banjir besar yang biasanya berlaku dalam tempoh selang 10 tahun telah terjadi di kawasan dataran rendah di sini yang menyebabkan banjir besar.

Air hampir mencecah lantai rumah-rumah rendah.

Banjir besar tersebut adalah susulan hujan lebat berterusan selama 18 jam pada minggu ini menyebabkan seluruh dataran rendah sekitar kampung di Mukah mengalami banjir besar yang agak teruk dengan ketinggian paras air melebihi dua meter.

Antara kawasan yang telah mengalami banjir besar ialah Kampung Tellian Tradisi, Tellian Tengah dan Tellian Ulu.

Menurut Ketua Kampung Tellian Ulu, Hairin Junang, 54, kawasan rendah di Kampung Tellian Tradisi, Tellian Tengah dan Tellian Ulu lazimnya akan mengalami banjir besar dalam tempoh pusingan lima hingga 10 tahun tetapi banjir besar kali ini lebih teruk berbanding tahun 2015 yang lalu.

Gambar pemandangan udara kawasan Kampung Tellian Ulu yang mengalami banjir besar.

“Tarikh berlakunya banjir besar pada tahun ini juga sama seperti 10 tahun lalu tetapi tahun ini lebih teruk berbanding sebelumnya kerana kawasan pasar Mukah dan seluruh kawasan rendah di Batang Mukah turut mengalami situasi yang sama,” ujarnya ketika ditemui, di sini semalam.

-RJ

Tinggalkan komen anda