
Laporan/foto: Nur Farhana Azman (Jasin)
JASIN, 16 Jan (Malaysiaaktif) – Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 untuk setiap murid Tahun Satu hingga Tingkatan Enam untuk sesi persekolahan 2025/2026 yang telah diagihkan seawal 13 Januari lalu dijangka akan memberikan manfaat kepada seramai 5.2 juta murid di seluruh negara.

Arin Shaerra (kanan) menerima Bantuan Awal Persekolahan.
Kerajaan juga masih mengekalkan pemberian BAP tanpa mengira had pendapatan ibu bapa dengan peruntukan keseluruhan yang berjumlah RM791 juta.
Inisiatif ini telah ditambah baik melalui tiga bentuk penerimaan iaitu secara pengkreditan ke akaun bank anak, ibu bapa atau secara serahan tunai.
Menurut Arin Shaerra Mohd Azian, 28, bantuan BAP sebanyak RM150 yang diterimanya secara tunai hari ini (Rabu) akan dimanfaatkan untuk membeli barangan kelengkapan sekolah anaknya yang akan memulakan sesi persekolahan baharu pada pertengahan Februari nanti.

Antara ibu bapa yang hadir bagi menerima BAP secara serahan tunai.
“Keprihatinan kerajaan membantu ibu bapa bagi meringankan perbelanjaan sesi persekolahan tahun baharu 2025 amat dihargai. Besarlah harapan saya agar inisiatif ini dapat diteruskan lagi pada tahun yang akan datang,” ujarnya, di sini semalam.
-ZS-