
Laporan/foto: Lizza Imelia M. Sulanah (LMS)
BATU KURAU, 3 Jan (Malaysiaaktif) â Batu Kurau Berselawat menjadi program julung kali diadakan bagi menyambut Ambang Tahun Baharu 2025 di Arena Batu Kurau, di sini kelmarin dengan kehadiran lebih 1000 pengunjung termasuk pemimpin masyarakat, penduduk kampung, wakil persatuan belia dan NGO.

Tazkirah disampaikan oleh Habib Abdul Rahman Al Attas dan diselang seli dengan selawat
Menurut Pengerusi Komuniti Madani Pekan Selama Anuar Darus, program bertemakan Mencari Redha Allah SWT ini turut membawakan satu Ceramah Perdana yang disampaikan oleh penceramah terkenal tanah air Ustaz Auâni Mohamed sementara acara berselawat diketuai oleh Ustaz Syed Arsyid Syed Yassin dan Ustaz Mohd Hadi Tok Guru Ustaz Minhat.

Persembahan silat sebagai pembukaan majlis
âBersempena sambutan bulan Rejab, bulan yang sangat mulia dan penuh keberkatan bersekali dengan Ambang Tahun Baharu 2025, pengisian program kali ini sedikit berbeza dan lebih islamik.
âKepelbagaian program perlu dititikberatkan mengikut kesesuaian tempat, penduduk, fasiliti dan kehendak penduduk sesuatu tempat malah saya yakin program-program ini juga ada pengikutnya,” katanya.
Program turut mendapat sambutan daripada pengunjung dari luar Batu Kurau yang hadir untuk merasai suasana berbeza dalam persediaan menyambut tahun baharu.
Program Batu Kurau Berselawat merupakan anjuran UMNO Bahagian Larut dengan kerjasama Pondok Pengajian Amal Kampung Repoh dan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Mukim Batu Kurau.
-AA-