
Laporan/foto: Maznah Ngah/Ahmad Syafri Husnaini
KUALA TERENGGANU, 20 Jan (Malaysiaaktif) – Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) menerusi Sesi Libat Urus Gerakan Koperasi Negeri Terengganu di Dewan Matahari, di sini kelmarin telah membincangkan hala tuju pembangunan koperasi pada tahun 2025.

Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia menyampaikan ucapan.
Pengarah SKM Terengganu Awg Ruslli Mohammad, dalam ucapannya menekankan kepentingan program ini sebagai platform utama untuk meningkatkan pemahaman tentang perkembangan koperasi.
“Program ini diharap dapat memperkukuh kerjasama antara koperasi serta memberikan sumbangan besar kepada sektor ekonomi negara,” katanya.
Selain itu, beliau turut menggariskan komitmen SKM Terengganu dalam melaksanakan tanggungjawab sosial korporat, termasuk menyokong mangsa bencana seperti yang terbukti dalam program Skuad SKM/KOPTER Prihatin yang dilaksanakan pada Disember 2024.

Antara Ahli Gerakan Koperasi Terengganu yang hadir.
“Dengan sumbangan pelbagai barangan keperluan asas dan unit bot penyelamat kepada mangsa banjir, SKM Terengganu terus memperkukuh peranan koperasi sebagai agen perubahan yang memberi manfaat kepada masyarakat khususnya dalam situasi kecemasan,” katanya.
-ZS-