Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahKuala Lumpur

Sambutan Perayaan Ponggal Mengeratkan Perpaduan Sesama Bangsa

By 20 Januari 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Muhaimin Musa/Muhammad Azrul Hafiz Mohamad Nazri

KUALA LUMPUR, 20 Jan (Malaysiaaktif) – Sambutan Perayaan Ponggal Lembah Pantai telah disertai seramai 50 keluarga menjadikannya sebagai festival Ponggal terbesar yang pernah dianjurkan di Parlimen Lembah Pantai.

Fahmi beramah mesra bersama komuniti India yang hadir di majlis ini.

Menurut Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil yang juga merupakan Ahli Parlimen Lembah Pantai, program festival Ponggal ini merupakan pesta menuai dan juga sebagai sambutan tahun baru pada 14 Januari yang lalu tetapi tarikh hari ini dipilih untuk meraikannya bersama komuniti.

Tambah beliau lagi, hubungan sesama bangsa dan kesefahaman perlu dieratkan kerana Malaysia sebuah negara yang sangat menarik dan unik yang tiada di tempat lain.

“Saya harap anak-anak yang hadir pada hari ini tidak melupakan tradisi dan sejarah kerana ia sangat penting. Anak-anak juga perlu memahami asal-usul kita. Harapan saya program seperti ini dapat meningkatkan kesefahaman kebudayaan dan susur galur sejarah peradaban selain memupuk semangat perpaduan kepada masyarakat.

Fahmi sedang memasak nasi ponggal sebagai simbolik perasmian Sambutan Perayaan Ponggal.

“Saya melihat ada pentingnya untuk saya bersama sebagai seorang pemimpin dalam komuniti, untuk bersama dengan komuniti yang menyambut festival Ponggal sebagai tanda sokongan saya buat komuniti,” katanya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda