Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPulau Pinang

Kelas Asas Canva Tarik Minat Peserta Pelbagai Usia di NADI Batu Lanchang

By 19 Januari 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/ foto: Salawati Shariff

BATU LANCHANG, 19 Jan (MalaysiaAktif) – Seramai 20 peserta berpeluang mempelajari asas rekaan grafik melalui Kelas Asas Aplikasi Canva secara percuma di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Batu Lanchang, hari ini.

Para peserta pelbagai peringkat usia menyertai Kelas Asas Canva di NADI Batu Lanchang

Program ini memperkenalkan aplikasi reka bentuk grafik berasaskan web yang memudahkan pengguna mencipta kandungan visual seperti poster, kad jemputan, slaid pembentangan dan kandungan media sosial dengan lebih menarik.

Menurut Siti Khadijah Pengurus NADI Batu Lanchang, Canva direka khas dengan ciri mesra pengguna, terutama bagi mereka tanpa pengalaman profesional.

Peserta bersama hasil kerja dan sijil penyertaan

“Ciri drag and drop serta pilihan pelbagai templat siap guna menjadikan Canva mudah diakses oleh semua,” katanya dalam taklimat ringkas.

Qaireen, 13, salah seorang peserta, berkongsi rasa teruja dapat memanfaatkan cuti sekolahnya dengan menyertai kelas ini.

“Saya mahu menggunakan kemahiran ini untuk membuat nota pelajaran yang lebih menarik dan mudah dihafal,” katanya.

NADI diwujudkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) melalui inisiatif Pemberian Perkhidmatan Sejagat (PPS) dalam usaha menyediakan akses internet serta pendedahan teknologi komputer, sekali gus memacu kemahiran digital rakyat.

-AA-

Tinggalkan komen anda