Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanLabuan

Pelbagai Program Hiasi Sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2025 di Labuan

By 19 Januari 202521 seconds yang laluTiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/ foto: Md Khairul Azad Yunus/ Jeffrey Nian (Labuan)

LABUAN, 19 Jan (MalaysiaAktif) – Pelbagai program dan acara rasmi telah disusun oleh Jabatan Wilayah Persekutuan dan Perbadanan Labuan sempena Sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2025.

Simsudin bersama tetamu jemputan lain bersemangat mengibarkan bendera Wilayah Persekutuan

Menurut Timbalan Pengerusi Perbadanan Labuan, Simsudin Sidek, antara acara yang akan diadakan adalah seperti program pencahayaan FT Light It Up, penanaman pokok, gotong-royong, forum perdana, karnival wilayah, aktiviti berbasikal, kebun komuniti dan sebagainya yang akan berlangsung sepanjang Februari ini.

“Ini adalah satu usaha yang positif untuk melibatkan warga Labuan dan luar Labuan khususnya generasi muda bersama-sama membina semangat perpaduan, keharmonian dan cinta terhadap Wilayah Persekutuan dan negara amnya seiring dengan tema sambutan hari wilayah, Wilayah Persekutuan Kita,” katanya semasa melancarkan Kempen Kibar Bendera Wilayah Persekutuan 2025 dan Program Labuan Car Free Morning Day di sini pagi tadi.

Majlis turut diisi dengan Pertandingan Baju Bertemakan Hari Wilayah Persekutuan

Beliau turut menyeru kepada semua pemilik premis, sama ada bangunan kerajaan mahupun swasta serta kediaman persendirian untuk bersama-sama mengibarkan bendera Wilayah Persekutuan bagi menunjukkan semangat patriotisme.

Pada majlis itu, Simsudin turut menyempurnakan pelepasan bagi acara Labuan Car Free Morning, 3km Fun Walk dan Labuan Pearl of Borneo Explorace Challenge.

-AA-

Tinggalkan komen anda