
Laporan/ foto: Mahyudin Abd Rani (Seberang Perai Selatan)
BATU KAWAN, 19 Jan (MalaysiaAktif) – Inisiatif pemaju Eco Horizon membina Surau As-Sa’adah tidak hanya memenuhi keperluan rohani penduduk setempat tetapi turut mencerminkan komitmen terhadap pembangunan komuniti yang inklusif.

Ucapan perasmian oleh Datuk Dr Mohamad Abdul Hamid Timbalan Ketua Menteri Satu Pulau Pinang
Surau yang menelan belanja RM800 ribu ini dibina dalam tempoh sembilan bulan, bermula Jun 2023 dan siap sepenuhnya pada Mac 2024.
Timbalan Ketua Menteri Satu Pulau Pinang Datuk Dr. Mohamad Abdul Hamid, dalam ucapan perasmiannya semalam, menyifatkan pembinaan Surau As-Sa’adah sebagai langkah signifikan ke arah transformasi Batu Kawan menjadi sebuah kawasan yang berkonsepkan Muslim Education Village menjelang 2030.

Antara tetamu dan ahli qariah yang hadir
“Projek ini mencerminkan usaha kerajaan negeri membangunkan Pulau Pinang secara menyeluruh tanpa mengira latar belakang kaum, agama atau bangsa.
“Ia juga merupakan titik permulaan kepada pembangunan ekonomi, pendidikan dan kesihatan di kawasan ini,” katanya.
Beliau turut memaklumkan fasa pertama projek tersebut telah diluluskan oleh kerajaan negeri, selari dengan visi pembangunan komprehensif yang dirancang.
Majlis perasmian surau ini turut dihadiri oleh Mufti Kerajaan Negeri Pulau Pinang Datuk Dr. Mohd Sukki Othman.
-AA-