Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

Kemeriahan Sambutan Pesta Ponggal Klang

By 19 Januari 2025Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Rose Ryqal/Zai Zack

KLANG, 19 Jan (Malaysiaaktif) – Sambutan Pesta Ponggal diadakan meriah pada hari ini bertempat di perkarangan Kuil Sri Maha Mariaman, Taman Sri Andalas.

Penyampaian hadiah kepada pemenang Ponggal.

Menurut Ketua Komuniti MADANI Sungai Kandis Zon 3 Dr. Poovendren Indrajit, Ponggal yang bermaksud perayaan menuai diraikan oleh masyarakat Tamil untuk menunjukkan rasa bersyukur kepada tuhan, matahari dan alam semula jadi atas hasil tuaian yang melimpah.

“Program ini diadakan setiap tahun di sini dan pada hari ini penyertaan adalah seramai 200 orang,” kata Pengerusi Kuil Sri Maha Mariaman Ponnusamy Yellmalay.

Pelbagai aktiviti lain turut diadakan seperti Pertandingan Kolam, Pertandingan Mewarna Kanak-kanak, Toranam Pinnal dan Uri Adithal.

Pertandingan Kolam yang disertai oleh pelbagai generasi.

Program turut diserikan dengan penyampaian hadiah oleh Penyelaras DUN Sungai Kandis Ustaz Mohd Zawawi Ahmad Mughni, Ahli Majlis Sungai Kandis Mohd Rayme Abdul Rahman dan Ketua Komuniti India DUN Sungai Kandis Kaliamah Sinayah.

-ZS-

Tinggalkan komen anda