Skip to main content
Berita TempatanBerita Sabah & LabuanLabuan

Kemudahan Pertukaran Anak Kapal ASB Tingkatkan Ekonomi Labuan

By 22 Januari 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Md Khairul Azad Yunus/Jeffrey Nian (Labuan)

LABUAN, 22 Jan (Malaysiaaktif) – Kemudahan pertukaran anak kapal yang telah diwartakan beroperasi di Asian Supply Base (ASB) bakal memberi impak positif kepada ekonomi Labuan.

Suhaili bersama tetamu jemputan pada pelancaran kemudahan pertukaran anak kapal ASB.

Menurut Pengerusi ASB Datuk Suhaili Abdul Rahman perkembangan itu merupakan berita baik kepada ekonomi Labuan.

“Ini adalah berita baik kepada Labuan seperti pengusaha hotel, restoran dan pembekal makanan yang boleh membekalkan keperluan kepada semua anak kapal yang masuk ke Labuan.

“Berkat sokongan Kerajaan Negeri Sabah dan agensi-agensi terlibat aktiviti pertukaran anak kapal ini sudah kembali ke Labuan dan diwartakan Kementerian Dalam Negeri sebagai sebagai pintu masuk untuk pemegang pas kerja yang dikeluarkan oleh Pengarah Imigresen Sabah bagi industri minyak dan gas,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran kemudahan itu di sini pagi tadi.

Kemudahan pertukaran anak kapal ASB merancakkan industri minyak dan gas di Labuan.

Tambahnya, Kerajaan Negeri Sabah juga meluluskan peruntukan RM 25 juta menerusi dana dalaman ASB untuk membangunkan kemudahan pertukaran anak kapal sendiri yang dijangka siap selewatnya November ini serta bakal menjadi antara kemudahan pertukaran anak kapal termoden di negara ini.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif ASB Japar Esteban berkata sekitar 4,000 anak-anak kapal akan menggunakan kemudahan itu dalam seminggu dan jumlahnya dijangka bertambah dari masa ke masa.

-ZS-

Tinggalkan komen anda