Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurTerengganu

Komuniti MADANI Kuala Nerus Jalin Kerjasama Strategik Bersama NADI

By 23 Januari 2025Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Nor Emylia Lot/Badri Jusoh (Kuala Nerus)

KUALA NERUS, 23 Jan (MalaysiaAktif) – Komuniti MADANI Kuala Nerus hari ini mengadakan kunjungan rasmi ke Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Telaga Daing dalam usaha menjalin kerjasama strategik.

12 Komuniti Madani Daerah Kuala Nerus hadir ke Pusat NADI.

Kunjungan ini bertujuan memperkukuh hubungan serta memperluas manfaat kepada komuniti setempat.

Pengurus NADI Aimi Nadia Azmi, menyambut baik kehadiran rombongan dan menekankan peranan penting NADI dalam menyediakan platform untuk komuniti luar bandar, separa luar bandar dan bandar dalam memasarkan perniagaan secara dalam talian.

Ketua Komuniti MADANI Hassan Ibrahim, meluahkan rasa teruja selepas mendengar taklimat yang disampaikan.

Hassan dan Ahli Jawatankuasa Komuniti teruja hadir ke Pusat NADI.

“Saya menyedari bahawa pusat NADI menyediakan banyak peluang dan ruang untuk memperkasa masyarakat setempat serta pelbagai maklumat dapat disalurkan,” ujarnya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda