Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

Program Tulisan Kaligrafi Cina Sempena Sambutan Tahun Baru Cina 2025

By 18 Januari 2025Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/ foto: M Sures Maniam (Kota Setar)

ALOR SETAR, 18 Jan (MalaysiaAktif) – Seramai 180 orang telah menghadiri ke Program Tulisan Kaligrafi di Medan Selera Pekan Cina, Simpang Kuala, di sini, semalam.

YB Teh bersama masyarakat setempat

Program Tulisan Kaligrafi ini merupakan seni tradisional yang sebenarnya sudah lama berkembang dalam kebudayaan masyarakat Tiong Hua, selain membawa maksud yang baik kepada seseorang iaitu membawa tuah dan kaya dalam kehidupan harian.

Penulisan kaligrafi oleh YB Teh

Penulisan kaligrafi yang dihasilkan di kertas merah akan dipamerkan dihadapan rumah sebagai hiasan dan akan ditukarkan setiap tahun untuk memberi kata-kata semangat.

Menurut Ahli Dewan Undangan Kota Darul Aman, Teh Swee Leong, program sebegini diadakan sebagai galakan kepada orang ramai untuk belajar menulis kaligrafi bagi memastikan seni yang penuh keunikan ini kekal bertahan, walaupun berlaku perubahan zaman.

“Program ini dapat memberi lebih pendedahan kepada masyarakat bukan sahaja kaum Cina tetapi juga kaum lain untuk lebih menghayati seni kaligrafi yang semakin dilupakan,” katanya.

Program anjuran Pusat Komuniti Kota Darul Aman dengan gabungan Persatuan Kaligrafi Cina Kota Setar Kesenian menjadi ruang terbaik untuk memupuk perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia.

-AA-

Tinggalkan komen anda