
Laporan/ foto: M Zakry Chan/ Faris Farnoh
KUALA LINGGI, 18 Jan (MalaysiaAktif) – Program Wakil Rakyat untuk Rakyat (WRUR) akan dilaksanakan di kesemua 28 Dewan Undangan Negeri (DUN) di Negeri Melaka, sebagai hasrat kerajaan negeri mendahulukan rakyat, denyut nadi diutamakan dan suara rakyat disatukan.

Ab Rauf bersama masyarakat menyediakan hidangan kenduri rakyat
Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh, berkata sebagai pentadbiran kerajaan yang
bertanggungjawab, kami berhasrat untuk mengubah corak pentadbiran dengan merakyatkan kerajaan.
“Selalunya, jika ada aduan, masyarakat akan berpusu-pusu ke jabatan atau agensi terbabit dan mereka beratur lama, ada pula yang dah sampai ke pejabat Jawatankuasa Pembangunan dan Penyelarasan Dewan Undangan Negeri (JAPERUN) nak cari wakil rakyat namun tiada di pejabat, maka masa terbaik untuk orang Melaka gunakan peluang ini kerana sepanjang program ini pentadbiran kerajaan yang bertanggungjawab turun padang mendekati rakyat,” katanya.

WRUR membawa perkhidmatan kerajaan kepada rakyat
“Sepanjang penganjuran WRUR pelbagai pengisian menarik dan program telah berjaya dilaksanakan menyentuh semua aspek iaitu bermula dengan kebajikan, pendidikan sehinggalah program-program keagamaan untuk mengimbangi sosial dan ukhrawi.
“Antaranya, gotong-royong perdana, karnival kerjaya, ceramah agama, pendidikan TVET, kenduri rakyat, pertandingan sukan, program CSR dan lain-lain,” ujar beliau semasa merasmikan Program WRUR Dun Kuala Linggi bertempat di Sekolah Kebangsaan Othman Shawal, pagi tadi.
-AA-