
Laporan/foto: Noor Aini Hanapiah (Perlis)
KANGAR, 10 Feb (MalaysiaAktif) – Nama Ali, Muthu dan Ah Chong atau Siti, Swee San dan Devi adalah nama-nama koleksi yang kerap diguna pakai buku teks di sekolah seluruh Malaysia dari dahulu hingga kini mewakili tiga kaum utama di Malaysia.
Lambang perpaduan dalam buku teks tersebut, bukan hanya paparan menunjukkan saksama dalam tujuan mengeratkan hubungan antara kaum.

Kedai Makanan Hafiz bersebelahan dengan Kedai Makanan milik Uncle Hwa
Mengikut data Mycensus 2020, data populasi rakyat negeri Perlis adalah 284,885 dan mengikut pecahan kaum adalah majoritinya kaum bumiputera iaitu 88 peratus, kaum cina 7.4 peratus, India hanya 1.8 peratus dan lain-lain adalah 2.0 peratus. (Sumber info laman web open.dosm.gov.my).
Bagi negeri Perlis antara kawasan tumpuan pelbagai kaum untuk berkumpul di satu tempat berada di lokasi Medan Selera Sena.
Medan Selera Sena, sebuah tempat yang menyediakan pelbagai jenis makanan dan minuman, ia terletak di kawasan tumpuan penduduk kerana berada di tengah bandar dan juga mudah di akses untuk datang ke sini.
Tinjauan wartawan MalaysiaAktif pada pagi ini, melihat ada pelbagai kaum yang sering berada di sini, mengingatkan nama dalam buku teks itu bukan hanya dalam bentuk tulisan sahaja.

Di Medan Selera Sena ini tumpuan pelbagai kaum berkumpul
Namun, ia juga ada dalam dunia realiti dalam kelompok kehidupan masyarakat seharian.
Seorang pelanggan yang ingin dikenali sebagai Khor Thai Chin, 38, walaupun beliau telah beragama Islam namun ibunya yang berbangsa cina, beliau tetap datang ke Medan Selera Sena membawa anak-anaknya untuk sarapan di sini.
Menurut salah seorang peniaga yang berada bersebelahan dengan kedai Uncle Hwa, Mohd Hafiz Kamaruzaman, 39, yang menetap di sekitar Jalan Raja Muda, menyatakan sepanjang tiga tahun berniaga, jualan makanan dan minuman di kedainya diminati oleh semua kaum di negeri ini.
“Pada saya, tiada masalah kedai Uncle Hwa berada di sebelah saya. Pelanggan yang datang ke kedai saya juga, adalah daripada pelbagai kaum dan saya tiada masalah untuk berniaga bersebelahan kedai Uncle Hwa,” ujarnya,
Titah DYTM Raja Muda Perlis dalam satu Majlis Perasmian Sambutan Perpaduan Peringkat Negeri Perlis pada tahun 2024 antaranya adalah membina negara Malaysia yang kukuh dengan perpaduan dan baginda sentiasa menyeru amalan toleransi serta saling menghormati antara satu sama lain, di amalkan oleh seluruh masyarakat di negeri ini.
Ironinya, sekira tiada perpaduan atau tiada persefahaman antara satu kaum dengan kaum yang lain tidak akan kelihatan di suatu tempat, ada pelbagai kaum dapat duduk bersama.
-AA-