
Laporan/foto: Fikri Johari (LMS)
TAIPING, 10 Feb (MalaysiaAktif) – Penduduk Taiping diseru untuk berganding bahu bagi menjaga kelestarian alam sekitar melalui Kempen Kesedaran Pengumpulan Sisa Elektrik dan Elektronik (E-Waste) yang dianjurkan oleh Majlis Perbandaran Taiping (MPT) di Taman Botani Perak di sini, semalam.

Barang-barang elektronik yang tidak terpakai dikumpul di satu tempat bagi tujuanĀ pelupusan
Menurut Yang DiPertua Majlis Perbandaran Taiping Khairul Amir Mohamad Zubir, kelestarian alam sekitar di bumi Taiping ini perlu diteruskan lagi penjagaannya dengan lebih rapi supaya tidak tercemar dengan bahan-bahan kimia.
“Seiring dengan perkembangan teknologi yang digunakan pada masa kini telah menyebabkan peningkatan sisa elektronik yang memberikan impak negatif terhadap alam sekitar sekiranya tidak digunakan dengan sebaik mungkin,” katanya.

Antara pengunjung yang datang menyerahkan barang elektronik yangĀ tidakĀ terpakai
Kempen ini dapat membantu masyarakat memahami kepentingan dalam menguruskan E-Waste dengan cara yang betul seperti mengitar semula bahan-bahan elektronik yang tidak terpakai dan membuangnya ke tempat yang lebih sesuai supaya ekosistem persekitaran alam semula jadi tidak tercemar dengan bahan kimia.
Tambah beliau, komuniti setempat juga diseru untuk membuat perubahan yang positif demi masa depan yang lebih baik dan generasi akan datang dapat menikmati keindahan alam semula jadi yang sedang kita nikmati.
āPada tahun 2024, MPT telah menjayakan sebanyak enam kali program E-Waste dan kutipan bahan elektronik telah mencecah sebanyak 1.35 tan jadi kami mensasarkan sebanyak dua belas kali program pada tahun ini,” ujar beliau ketika dalam ucapan perasmian program tersebut.
Turut diadakan aktiviti pada hari ini seperti senamrobik, Fun Walk, kaunter pengumpulan sisa E-Waste dan cabutanĀ bertuah.
-AA-