
Laporan/foto: Fatin Nabila Muktar (Kedah)/Warta Kedah
ALOR SETAR, 3 Feb (Malaysiaaktif) – Datuk Abdul Gafar Yahya telah dilantik sebagai Datuk Bandar Alor Setar kelapan yang berkuat kuasa semalam bagi mengantikan Datuk Mohd Yusri Md Daud yang bersara wajib.

Hadir sama Pegawai Daerah Kota Setar, Pegawai Daerah Pokok Sena dan Setiausaha MBAS
Abdul Gafar merupakan bekas Pegawai Daerah Kuala Muda.
“Saya sangat bertuah pada hari ini kerana telah dilantik sebagai Datuk Bandar Alor Setar yang baru dan saya akan meneruskan segala perangcangan yang telah dibuat oleh mantan Datuk Bandar sebelum ini,” katanya ketika Majlis Angkat Sumpah Ahli Majlis, Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) di Dewan Mesyuarat, Aras 5, UTC Alor Setar, semalam.
-ZS-