Skip to main content
Berita TempatanBerita Sabah & LabuanLabuan

IPD Labuan Tahan 533 Orang di bawah Akta Dadah Berbahaya Pada Tahun 2024

By 6 Februari 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Md Khairul Azad Yunus/Jeffrey Nian (Labuan)

LABUAN, 6 Feb ( MalaysiaAktif ) – Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Labuan khususnya Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Labuan berjaya menangkap seramai 533 orang atas pelbagai kesalahan di bawah Akta Dadah Berbahaya.

Mohd Hamizi sedang memberi penerangan kepada media tempatan

Menurut Ketua Polis Daerah Labuan, Supt Mohd Hamizi Halim daripada jumlah tersebut seramai enam orang adalah di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan selebihnya 20 orang adalah di bawah Seksyen 39A(1) ADB 1952 dan Seksyen 39A(2) ADB 1952 manakala seramai satu orang masing-masing dikategorikan dalam kes bekalan.

Mohd Hamizi (tengah) semasa sidang media di IPD Labuan

“Sepanjang tempoh yang sama juga sebanyak 425 orang ditangkap di bawah Seksyen 15(1)(a) ADB 1952 (bagi kesalahan air kencing) dan daripada jumlah tersebut seramai 14 orang telah dikenakan tindakan dibawah Seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya 1952 iaitu bagi kesalahan berulang.

“Seramai dua orang telah diambil tindakan di bawah Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas – LLPK) 1985 di dalam membendung aktiviti pengedaran dadah daripada berleluasa di Labuan,” katanya dalam satu sidang media di sini pagi tadi.

Tambahnya, kes yang telah dibuka pada tahun 2024 adalah sebanyak 517 kes dan kesemuanya sudah melalui proses pertuduhan di mahkamah.

“Sebanyak 417 kes (81 peratus) yang telah jatuh hukum manakala selebihnya masih dalam proses perbicaraan selain pelbagai rampasan dadah telah dilakukan dengan sebanyak 453.31 gram keseluruhannya,” ujarnya..

-AA-

Tinggalkan komen anda