Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

Sultan Selangor dan Permaisuri Selangor Berkenan Berangkat Ke Majlis Penutup Tilawah dan Hafazan Al-Quran

By 8 Februari 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan /foto: Norshazila Ahmad (Selangor)

SHAH ALAM, 8 Feb (MalaysiaAktif) – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin berkenan berangkat ke Majlis Penutupan Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Negeri Selangor 1446H/2025M di Dewan Syarahan dan Muzakarah Islam, Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, semalam.

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah ketika menyempurnakan Majlis Penutupan Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Negeri Selangor 1446H/2025M di Dewan Syarahan dan Muzakarah Islam, Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah

Sultan Sharafuddin bertitah, dalam dunia tanpa sempadan ini, pelbagai kaedah tersedia untuk mendapatkan maklumat sahih, khususnya berkaitan agama Islam menurut pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah.

“Umat Islam hendaklah sentiasa merujuk kepada pihak yang berautoriti dalam urusan agama dan jangan mudah percaya dan terpengaruh dengan ajaran atau fahaman songsang yang dibawa oleh sesetengah pihak.

Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj dan Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin berkenan ke Majlis Penutup Tilawah dan Hafazan Al Quran Peringkat Negeri Selangor

“Pihak berkuasa agama Islam juga perlu lebih peka di dalam menangani masalah ini dan tindakan undang-undang dan penguatkuasaan perlu diambil dengan lebih berkesan agar gejala ajaran sesat ini tidak terus menjadi duri dalam daging di kalangan umat Islam di negara ini hingga membawa kepada perpecahan,” titah baginda.

Sultan Sharafuddin turut mengajak seluruh umat Islam supaya terus meningkatkan pembacaan Al-Quran dalam kehidupan seharian dan memperbanyakkan amal ibadah.

Sultan Sharafuddin turut menzahirkan rasa yakin dan percaya, peserta yang menyertai Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran adalah mereka yang sentiasa berdamping dengan Al-Quran dan sukacita melihat anak-anak muda di Selangor ini yang mendalami ilmu Al-Quran.

-AA-

Tinggalkan komen anda