Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPulau Pinang

JPKKP Ban Bagan Samak Bersih Kampung, Cegah Denggi

By 4 Februari 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Aidil Azhar/Hasmah Hanafi (Bandar Baharu)

BANDAR BAHARU, 4 Feb (MalaysiaAktif) – Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP) Ban Bagan Samak telah berjaya menganjurkan program gotong-royong di Jalan Mohd Shariff, di sini kelmarin.

Program bertujuan membersihkan kawasan sekitar, menghapuskan tempat pembiakan nyamuk Aedes, serta mendekatkan JPKKP dengan masyarakat setempat.

Perkongsian maklumat oleh Saifuddin kepada masyarakat.

Menurut Pengerusi JPKKP Ban Bagan Samak Mohd Hazimi Hamid, program ini diadakan untuk meningkatkan kesedaran tentang pentingnya kebersihan persekitaran dan pencegahan penyakit denggi.

“Selain membersihkan kampung, program ini juga bertujuan untuk memperkenalkan fungsi JPKKP kepada masyarakat,” ujar beliau.

Pegawai Pusat Khidmat Rakyat Datuk Seri  Ahmad Syauqi Saifuddin turut hadir menyampaikan 35 kotak sumbangan kepada penduduk kampung.

Saifuddin turut menjelaskan peranan pejabat khidmat rakyat dalam membantu masyarakat yang menghadapi masalah.

“Jika ada sebarang masalah, jangan segan untuk memohon bantuan daripada pejabat khidmat rakyat,” katanya.

Perkongsian maklumat oleh Pejabat Penerangan Daerah Bandar Baharu.

Salah seorang peserta Rosmawatie Abu Kassim, 56, menyatakan sokongan penuh terhadap program.

“Program ini bukan sahaja membersihkan kampung dan mencegah denggi, malah membantu meringankan beban kewangan penduduk yang memerlukan,” ujarnya.

Antara aktiviti yang dijalankan termasuk membersihkan kawasan sekitar, memusnahkan tempat pembiakan nyamuk Aedes, sesi taklimat tentang fungsi JPKKP serta pejabat khidmat rakyat.

-ZS-

Tinggalkan komen anda