Skip to main content
Berita TempatanBerita Sarawak

Ketam Kalok Hidangan Istimewa di Limbang

By 7 Februari 2025Februari 13th, 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/Foto: Linda Padan (Sarawak)

LIMBANG, 7 Feb (MalaysiaAktif) – Ketam nipah ataupun ketam bakau, yang lebih dikenali sebagai ketam kalok di kalangan penduduk tempatan di Limbang adalah berwarna hitam dengan sedikit warna kemerahan pada hujung sepitnya.

Harga ketam berbeza mengikut berat dan gred.

Ketam kalok banyak dijual di bangunan Tamu Limbang dengan harga yang berpatutan bergantung pada saiznya. Bagi gred A yang bersaiz besar, ia dijual dengan harga RM28 sekilogram, gred B pada harga RM25 sekilogram, dan gred C dengan harga RM22 sekilogram.

Namun, harga ketam tidak tetap dan boleh berubah mengikut penjual serta musim dan ada kalanya ketam sukar diperoleh, terutamanya disebabkan oleh faktor cuaca yang tidak mengizinkan.

Menurut Zainudin Meri, seorang penjual ketam berusia 50 tahun dari Kampung Seberang Kedai di sini, bersama abangnya Jaapar Meri yang berusia 58 tahun, berkata mereka mendapatkan bekalan ketam dari para nelayan Kampung Patiambun untuk dijual semula dan tidak menangkap sendiri ketam.

Zainudin memasukkan ke dalam plastik untuk dijual kepada pembeli.

“Kami menjual sekitar 15kg hingga 20kg ketam sehari, bergantung pada permintaan terutamanya semasa musim perayaan.

“Ketam sentiasa mendapat permintaan yang tinggi dan ketam yang tidak terjual akan disimpan dalam bekas tanpa air dan masih boleh bertahan selama dua hari,” katanya semalam.

Ketam kalok boleh dimasak dengan pelbagai cara seperti masak lemak, masak sos, masak mentega, atau digoreng dengan cili.

Namun begitu, terdapat juga sesetengah orang yang lebih gemar ketam direbus kosong sahaja kerana isinya lebih manis dan terasa.

Kualiti tinggi-isi penuh dan telur banyak.

Apa jua cara masakannya, bagi penggemar ketam, kualiti ketam yang dimasak itu sangat penting dan ketam yang berkualiti tinggi biasanya penuh dengan isi dan banyak telur.

-RJ-

Tinggalkan komen anda