Skip to main content
JohorBerita SelatanBerita Tempatan

Peranan Komuniti MADANI Bantu Sebarkan Perkhidmatan NADI

By 5 Februari 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Rafezan (Johor Bahru)

JOHOR BAHRU, 5 Feb (MalaysiaAktif) — Komuniti MADANI merupakan agen penyampai maklumat dan menjadi tulang belakang kepada komuniti setempat dalam memperkenalkan perkhidmatan yang terdapat di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) secara menyeluruh.

Sesi bergambar bersama ahli Komuniti MADANI dan kakitangan NADI.

Pengurus NADI Kampung Sri Jaya Rozilah Rosmadi, berkata banyak perkhidmatan yang disediakan oleh NADI namun masih ramai yang tidak mengetahui fungsi dan peranan yang dimainkan oleh NADI.

“Perkhidmatan yang disediakan oleh NADI memberikan manfaat yang terbaik kepada semua masyarakat.

“Justeru itu, penglibatan Komuniti MADANI sangat membantu NADI dalam mengembangkan perkhidmatan yang baru dan sedia ada berteraskan era digitalisasi,” katanya ketika ditemui semasa lawatan Komuniti MADANI Parlimen Pulai ke NADI Kampung Sri Jaya, di sini hari ini.

Timbalan Ketua Komuniti MADANI Perling Hiew Fan Huat, berkata NADI memainkan peranan yang penting dalam memastikan agenda Kerajaan Perpaduan menjadikan rakyat celik teknologi maklumat di samping mengetahui pelbagai ilmu pengetahuan berkaitan teknologi terkini.

Penerangan oleh kakitangan NADI berkaitan perkhidmatan yang disediakan secara lebih jelas kepada ahli Komuniti MADANI.

“NADI bukan hanya pusat kepada perkhidmatan Internet jalur lebar tetapi ia juga turut menyediakan modul pembelajaran kendiri seperti kursus, seminar, peluang menceburi perniagaan, latihan keusahawanan dan banyak lagi yang perlu direbut peluang oleh semua lapisan masyarakat tanpa mengira kaum,” katanya.

Tambah Hiew Fan Huat, NADI merupakan salah satu medium maklumat rasmi dan sahih daripada kerajaan kepada komuniti setempat bagi mengekang penyebaran maklumat palsu atau tidak sahih yang boleh menyebabkan kekeliruan masyarakat.

Turut hadir Pegawai Penerangan Daerah Johor Bahru Baniamin Abu Bakar dan Timbalan Pengarah Pusat Khidmat Parlimen Pulai Norhayati A.Majid.

-ZS-

Tinggalkan komen anda