Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

Pelajar Gembira Terima Bantuan

By 15 Februari 2025Februari 28th, 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Hanizatul Azwa Mat Lazim (Batang Padang)

TAPAH, 15 Feb (MalaysiaAktif) – Lebih seratus murid sekolah rendah gembira apabila menerima sumbangan menerusi program Back to School anjuran Pejabat Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning di Arena TN50, di sini semalam.

Penerima sumbangan melahirkan rasa gembira kerana menerima bantuan persekolahan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, berkata inisiatif sebegini sangat penting dalam membantu keluarga yang memerlukan.

Menurutnya, program ini bertujuan memastikan setiap pelajar dapat memulakan sesi persekolahan dengan lebih bersemangat dan tanpa perlu memikirkan masalah kewangan.

“Kami memahami cabaran yang dihadapi oleh ibu bapa dalam menyediakan kelengkapan sekolah, terutamanya dalam keadaan ekonomi yang mencabar, jadi program ini diadakan bagi meringankan beban mereka,” katanya ketika merasmikan program tersebut.

Setiap penerima bantuan menerima sebanyak RM150 dalam bentuk tunai yang terdiri daripada pelajar dari keluarga B40 yang telah dikenal pasti.

Penerima sumbangan Kashvin Vijayan.

Penerima bantuan Kashavin Vijayan, 9, meluahkan rasa gembira dan bersyukur kerana menerima sumbangan ini.

“Saya sangat teruja dan berterima kasih kepada YB (Yang Berhormat) di atassumbangan yang diberikan tanpa mengira kaum,”katanya.

Sementara itu, seorang ibu kepada penerima sumbangan Siti Noraini, 40, berkata bantuan ini amat bermakna buat keluarganya.

“Dengan kos sara hidup yang semakin meningkat, bantuan ini sangat membantu kami dan saya berterima kasih kepada semua pihak yang terlibat,” ujarnya.

Kerajaan dan pihak berkaitan berharap inisiatif ini dapat diteruskan setiap tahun bagi memastikan semua pelajar mendapat peluang pendidikan yang sama tanpa mengira latar belakang keluarga

-ZS-

Tinggalkan komen anda