
Laporan/foto: Senaying Ahud/Husney Hamid (Hulu Perak)
LENGGONG, 15 Feb (MalaysiaAktif) – Sesi Townhall Aspiring Lenggong UNESCO Global Geopark telah diadakan di Kompleks Desa KEMAS Lenggong, di sini kelmarin.

Khalayak yang hadir.
Program ini telah memberikan gambaran kepada komuniti setempat dalam memastikan pendedahan mengenai hala tuju Lenggong Geopark dapat disampaikan kepada umum.
Secara ringkasnya sesi
yang dijalankan melibatkan sesi pembentangan daripada pihak pakar termasuk juga pameran reruai daripada agensi terlibat.
Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah, berkata pengikirafan ini penting supaya dapat memajukan kawasan lenggong malah ia juga penting sebagai usaha memulihara warisan geologi Lenggong.

Pameran produk tempatan.
“Selain itu ia dapat memberi manfaat serta menjana ekonomi penduduk setempat disamping memperkenalkan produk-produk tempatan kepada pelancong luar,” ujarnya yang juga meruapakan Ahli Parlimen Lenggong.
“Diharapkan usaha murni yang dilakukan oleh semua pihak membuahkan hasil untuk mengiktiraf Lenggong sebagai Lenggong UNESCO Global Geopark,” ujarnya ketika merasmikan program tersebut.
-ZS-