Skip to main content
Berita TempatanBerita SelatanNegeri Sembilan

Campsite Bukit Ramunia Usaha Merancakkan Ekonomi Setempat

By 15 Februari 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Muhamad Muzaffar Marrudzuki

TAMPIN, 15 Feb (MalaysiaAktif) – Penubuhan Campsite Bukit Ramunia melalui peruntukan yang diperolehi daripada program Sejahtera Komuniti MADANI (SejaTi MADANI) mendapat sambutan yang agak memberansangkan daripada penduduk setempat.

Isam ketika memberikan ucapan.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kampung Air Rawa Rusli Kanum peruntukan yang diperolehi daripada Kerajaan Persekutuan melalui Program SejaTi MADANI serba sedikit dapat membantu usaha mereka untuk membantu golongan B40 di kawasan sekitar untuk menjana pendapatan.

“Penubuhan campsite ini hanyalah permulaan sahaja dalam usaha JPKK Kampung Air Rawa merancakkan ekonomi serta mempromosikan kawasan terbabit sebagai salah satu kawasan pelancongan yang perlu dikunjungi.

“Buat masa ini mungkin hanya ada campsite sahaja. Pada masa akan datang kami akan wujudkan lebih banyak lagi seperti homestay dan sebagainya bagi menaikkan nama Gemencheh sebagai salah satu kawasan pelancongan.” ujarnya.

Isam mencuba menunggang ATV yang disediakan di tapak Campsite Bukit Ramunia.

Sementara itu, Ahli Parlimen Tampin Datuk Mohd Isam Mohd Isa, berharap agar setiap JPKK serta pertubuhan bukan kerajaan yang berada di daerah Tampin dapat membantu dalam mempromosikan campsite terbabit supaya lebih dikenali di serata tempat.

Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri  Gemencheh Suhaimizan Bizar,

-ZS-

1. Dato’ Isam mencuba menunggang ATV yang disediakan di tapak Campsite Bukit Ramunia.
2. Dato’ Isam ketika memberikan ucapan
3. Memanah juga turut disediakan di Campsite Bukit Ramunia
4. Dato Isam melakukan lawatan di sekitar tapak campsite

Tinggalkan komen anda