Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahKuala Lumpur

Planetarium Negara Sambut Ulang Tahun Ke-31 dengan Program Menarik untuk Pengunjung

By 8 Februari 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Norfaizah Adnan/Muhammad Azrul Hafiz Mohamad Nazri

KUALA LUMPUR, 8 Feb (MalaysiaAktif) – Planetarium Negara menyambut ulang tahun ke-31 semalam dengan pelbagai acara menarik, termasuk Hari Terbuka dan Bicara Planetarium Negara.

Program ini mengetengahkan sejarah penubuhan planetarium serta Integrasi Sains melalui seni penceritaan oleh Profesor Emerita Tan Sri Dato’ Seri Dr. Mazlan Othman.

Bual Bicara mengupas sejarah Planetarium Negara oleh Emerita Dr Mazlan Othman

“Sambutan ulang tahun ke-31 Planetarium Negara adalah satu idea baharu oleh Tan Sri Dr. Mazlan Othman, pengasas Planetrium ini, di mana beliau mencadangkan agar persembahan kami kepada pengunjung Planetrium Negara ataupun kepada rakyat bahawa sains dan seni itu perlu digabungkan supaya ianya tidak kaku, bosan atau tidak menyeronokkan. Jadi nampaknya Planetarium Negara akan berusaha untuk pada masa hadapan berinovasi, untuk mempersembahkan sains dalam bentuk yang digabungkan dengan seni,” kata Mohd Zamri Shah

Pertanyaan daripada audiens berkaitan sejarah planeterium

Mastor, Pengarah Planetrium Negara.

“Untuk musim cuti sekolah ada dua filem baharu berkaitan dengan angkasa lepas di mana satu menceritakan tentang ruang angkasa yang dipenuhi oleh sampah-sampah angkasa yang akan dibersihkan oleh kucing, ianya adalah berbentuk fiksyen tetapi  memberitahu kita bahawa ada sesuatu perkara perlu diselesaikan dan pengetahuan sains sangat diperlukan terutama ilmu astronomi. Satu lagi filem juga tentang alam semesta tentang kajian oleh astronomi sains mendapati bahawa frekuensi yang datang kepada kita adalah dalam bentuk frekuensi yang bertenaga tinggi seperti x-ray, gamma ray dan sebagainya memberitahu bahawa alam semesta diluar sana sebenarnya panas dan ganas,” ujarnya.

“Dua filem ini anda boleh menikmatinya semasa musim cuti sekolah ini dan Planetrium Negara juga memperkenalkan dua ruang pameran yang baharu untuk anda menikmatinya,”kata Zamri ketika ditemubual MalaysiaAktif.

-AA-

Tinggalkan komen anda