Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPulau Pinang

Program Smart Solat Lahir Generasi Cinta Masjid

By 12 Februari 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mawarni Ismail/Alif Hamid (Barat Daya)

TELUK KUMBAR, 12 Feb (MalaysiaAktif) – Masjid Maqbul Qariah Teluk Kumbar mengambil inisiatif mengisi cuti sekolah dengan menganjurkan Program Smart Solat, yang berlangsung selama dua hari bermula Isnin lalu hingga semalam.

Taklimat program oleh urus setia.

Program terbuka secara percuma kepada anak-anak kariah berusia antara tujuh hingga 16 tahun ini berjaya menarik penyertaan luar jangkaan seramai 116 peserta melebihi sasaran awal 100 orang.

Penyelaras program Ustaz Asyraf Abd Razak, berkata program ini merupakan penganjuran pertama seumpamanya di masjid tersebut dan mendapat sambutan yang amat menggalakkan.

“Uniknya program pada kali ini adalah kerana tambahan modul iaitu solat jenazah yang kebetulan masjid menerima jenazah untuk disolatkan dan para peserta dapat merasai sendiri praktikal yang betul apabila melakukan solat berkenaan,” katanya.

Program ini bertujuan meningkatkan pemahaman peserta mengenai tatacara wuduk yang betul serta solat yang sempurna selain memupuk kecintaan kepada ibadah dan rumah Allah.

Antara sebahagian peserta program.

Pendekatan interaktif turut digunakan bagi memberi motivasi kepada peserta, termasuk modul pembelajaran oleh Murtadha Dakwah Centre (MADAD) yang menekankan kemudahan pemahaman dalam aspek wuduk, solat dan solat jenazah.

Masjid Maqbul berharap Program Smart Solat dapat membentuk generasi muda yang mencintai masjid serta menjadi sebahagian daripada usaha mengimarahkan institusi keagamaan dalam komuniti setempat.

-ZS-

Tinggalkan komen anda