Skip to main content
Berita TempatanBerita SelatanJohor

244 Inisiatif Berperuntukan 1.99 Bilion untuk Bangsa Johor Tahun Ini

By 12 Februari 2025Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Faizal Mansor/Krisha Selladurai (Pontian)

PONTIAN, 12 Feb (MalaysiaAktif) – Sebanyak 244 inisiatif bernilai RM 1.99 billion yang dibentangkan pada Belanjawan Negeri Johor 2025 bakal dinikmati oleh penduduk Johor pada tahun ini.

Sesi cabutan bertuah antara aktiviti menarik menanti orang ramai yang hadir ke program Malam Kebudayaan Sempena Program Jelajah Orang Johor (JOJ)

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Perpaduan negeri Ling Tian Soon, berkata kesemua inisiatif tersebut akan diberikan penerangan melalui Program Jelajah Orang Johor (JOJ) 2025 yang telah dilancarkan oleh Menteri Besar Johor, pada Ahad.

“Justeru matlamat utama JOJ ini adalah untuk memberi ruang kepada pemimpin negeri untuk bertemu dan bersama akar umbi di seluruh Johor,” katanya ketika ditemui pada Malam Kebudayaan Sempena Program Jelajah Orang Johor (JOJ) di Taman Rekreasi Sungai Rambah.

Pada program tersebut, pelbagai tarian kebudayaan pelbagai kaum di negeri Johor dipersembahkan disamping persembahan istimewa oleh penyanyi Amir dari kumpulan UK’s.

Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar Negeri Datuk Zahari Sarip, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawasan Kukup Datuk Jefridin Atan dan Pegawai Daerah Pontian Kamaluddin Jamal.

-AA-

 

Tinggalkan komen anda