
Laporan/foto: Zaidy Salim/Rahman Ishak
PUTRAJAYA, 28 Feb (MalaysiaAktif) – Semua pihak perlu meghormati titah Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah supaya tidak berterusan membahaskan isu Titah Adendum.
“Baginda Sultan Pahang, Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibn Al-Marhum, Sultan Haji Ahmad Shah semalam, berkenaan seperti yang kita semua sudah maklum, Tuanku telah bertitah supaya isu Titah Adendum yang sekarang dibawah proses undang-undang perlu dihormati.
“Titah Tuanku meminta agar semua pihak tidak berterusan membahaskan soal titah adendum ini,” kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.
Menteri Komunikasi itu berkata demikian di Sidang Media Mingguan Kabinet, di sini petang tadi.
Semalam, baginda yang berkenan hadir di Program Himpunan Pahang Bermunajat, Raja Berdaulat di Masjid Negeri Sultan Ahmad 1, Kuantan, menegaskan semua pihak perlu menghormati proses tersebut berikutan perkara itu telah berada di bawah bidang kuasa pihak yang bertanggungjawab.
“Kerajaan menjunjung kasih titah Tuanku dan insya-Allah akan dari segi pelaksanaan dan juga perkara-perkara yang berkaitan insya-Allah kerajaan akan teruskan,” katanya.
Fahmi turut memaklumkan mengenai waktu bekerja penjawat awam sepanjang bulan Ramadan.
“Jadi, insya-Allah, pada bulan Ramadan, bagi penjawat awam yang memilih waktu bekerja fleksi, opsyen B, mereka boleh balik 30 minit lebih awal.
“Tapi kerja mesti siap,” katanya.
-ZS-