Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurKelantan

Bertugas di Hari Pekerja Bukan Beban Tetapi Tanggungjawab

By 1 Mei 2025Mei 6th, 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto oleh: Robani Nabi Ahmad

PASIR MAS, 1 Mei (MalaysiaAktif) – Walaupun 1 Mei merupakan cuti umum sempena sambutan Hari Pekerja, bagi sesetengah penjawat awam, hari tersebut tetap menjadi medan untuk menjalankan amanah dan tanggungjawab kepada masyarakat.

Menurut Ketua Komuniti MADANI Taman Dahlia Ain Nasuha Azha, 27, bertugas pada hari cuti bukanlah satu beban, sebaliknya satu komitmen yang lahir daripada rasa tanggungjawab terhadap masyarakat dan negara.

Masyarakat tempatan sedang mendengar taklimat daripada Pegawai Penerangan Daerah Pasir Mas mengenai isu-isu semasa.

“Bagi saya, bertugas pada hari cuti seperti Hari Pekerja bukanlah satu pengorbanan yang sia-sia. Ia adalah amanah.

“Komuniti MADANI bukan sekadar menyampaikan maklumat, malah menjadi jambatan antara rakyat dan kerajaan,” ujarnya.

Tambahnya lagi, Komuniti MADANI berperanan menyampaikan dasar-dasar kerajaan secara sahih dan terkini kepada masyarakat serta menjadi saluran untuk membawa suara rakyat di peringkat akar umbi ke pengetahuan kerajaan.

Program sembang santai anjuran Pejabat Penerangan Daerah Pasir Mas di Kedai Kopi Kak Ra, Kampung Lapang Sasar, Rantau Panjang pagi tadi turut disertai oleh masyarakat setempat dalam suasana mesra dan santai.

Jabatan Penerangan, sebagai agensi peneraju komunikasi kerajaan, tidak ketinggalan untuk terus turun padang pada hari istimewa ini.

Kehadiran mereka bukan sahaja memperkukuh hubungan rakyat dan kerajaan, malah memupuk nilai-nilai murni yang selari dengan prinsip Malaysia MADANI.

“Di sebalik setiap slip gaji penjawat awam, ada kisah kerja lewat malam, pengorbanan masa bersama keluarga, dan keikhlasan yang jarang dilihat.

Ain Nasuha Azaha sedang menerima bahan penerbitan jabatan yang diedarkan oleh Pegawai Penerangan Daerah Pasir Mas.

“Inilah semangat sebenar penjawat awam,” katanya mengakhiri perbualan.

Dalam kemeriahan sambutan Hari Pekerja, masih ramai petugas di pelbagai sektor khususnya yang berurusan secara langsung dengan orang awam terus melaksanakan tugas seperti biasa.

Pengorbanan mereka wajar dihargai kerana sanggup mengetepikan keselesaan demi memenuhi amanah.

Hari Pekerja bukan sahaja masa untuk meraikan pencapaian pekerja, tetapi juga detik untuk menghargai mereka yang terus berkhidmat tanpa mengira cuti atau hari minggu.

-ZS-

Tinggalkan komen anda