Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurPahang

KPDN Pahang Rampas Simpanan Minyak Diesel Tanpa Permit Sah

By 18 Julai 2025Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Zayana Isa (Pahang)/KPDN Pahang

KUANTAN, 18 Jul (MalaysiaAktif) – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara HIdup (KPDN) Pahang merampas 17,000 liter simpanan minyak diesel tanpa permit sah dianggarkan bernilai RM53,195 dalam satu serbuan, di sini kelmarin.

Minyak diesel yang dirampas.

Ketua Pegawai Penguat Kuasa KPDN Pahang Mohd Hafiz Ramli berkata serbuan dibuat hasil risikan di lokasi berkenaan.

“Berdasarkan dokumen yang dikemukakan, premis ini tidak mempunyai permit menyimpan minyak diesel di lokasi tersebut, sekali gus menimbulkan syak wasangka wujudnya pelanggaran undang-undang di bawah Peraturan 21(1), Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974-Menyimpan barang kawalan minyak diesel selain di tempat yang dilesenkan dan Seksyen 20(1), Akta Kawalan Bekalan 1961- Mengalih barang kawalan dari lokasi berlesen ke lokasi tidak berlesen,” katanya.

Lokasi penemuan simpanan minyak diesel tanpa permit sah di Kuantan.

Katanya sitaan keseluruhan dianggarkan bernilai RM193,195 termasuk skid tank dan minyak diesel serta dua buah motokar bernilai RM140,000.

KPDN Pahang menegaskan pihaknya tidak akan berkompromi dengan mana-mana individu atau syarikat yang melanggar peruntukan undang-undang berkaitan barang kawalan seperti minyak diesel.

Tindakan tegas akan diambil demi memastikan keselamatan pengguna dan kestabilan rantaian bekalan di pasaran.

-RI

Tinggalkan komen anda