Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurPahang

Pahang Sasar 50,000 Pengunjung di Mini MAHA Pahang 2025

By 31 Julai 2025Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Zayana Isa/Sh. Nurrul (Pahang)

KUANTAN, 31 Jul (MalaysiaAktif) – Pahang mensasarkan lebih 50,000 pengunjung hadir ke Mini MAHA Pahang 2025 yang dijadual berlangsung pada 14 hingga 17 Ogos ini.

Wan Rosdy sewaktu sidang media di sini, semalam

Menteri Besar Pahang Datuk Sri Diraja Wan Rosdy Wan Ismail berkata sebanyak 60 acara akan dijalankan sepanjang empat hari penganjuran tahun ini dengan penglibatan lebih 30 jabatan dan agensi.

Wan Rosdy turut mengajak orang ramai hadir memeriahkan Mini MAHA Pahang 2025

“Antara tarikan utama program ini termasuklah Kenduri Buah iaitu agihan buah-buahan secara percuma termasuk durian pada 16 Ogos kepada 500 pengunjung terawal, pelancaran dan promosi produk Pahang Best, pameran lembu sado dan banyak lagi,” katanya ketika ditemui media, di sini semalam.

Ujar beliau lagi, program tersebut dijangka menarik kehadiran lebih 50,000 pengunjung dari seluruh negara dengan penglibatan 100 usahawan serta sasaran nilai jualan sebanyak RM1.2 juta.

“Kerajaan Negeri Pahang berharap agar Program Mini MAHA Pahang 2025 ini menjadi pemangkin kepada lonjakan baharu dalam sektor agromakanan dan keterjaminan makanan negeri,” katanya lagi.

-AA-

Tinggalkan komen anda