Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurPahang

Pelajar Orang Asli Cemerlang STPM 2024 Terima Tawaran ke UK

By 16 Julai 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Zayana Isa/Radiah Rahim (Pahang)

KUANTAN, 16 Jul (MalaysiaAktif) – Pelajar Orang Asli cemerlang dalam Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2024 menerima tawaran melanjutkan pengajian ke United Kingdom (UK).

Roziana (kanan) bersama seorang lagi penerima Anugerah Khas.

Roziana Tan Ben Hai, 20, yang mencatat keputusan Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 4.00, berkata beliau meminati bidang ekonomi dan berjaya ditawarkan pengajian di salah sebuah universiti di UK.

“Saya ditawarkan melanjutkan pengajian dalam bidang Ekonomi dan Pengajian Sosial di Universiti Manchester dan kini saya sedang menunggu tajaan daripada Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA),” katanya kepada Malaysia Aktif, semalam.

Katanya, beliau bercita-cita untuk menjadi seorang Pegawai Ekonomi kerana minatnya dalam bidang berkenaan.

Roziana (kanan) bersama penerima-penerima Anugerah Khas STPM dan SPM 2024 di Majlis Anugerah Murid Cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) Tahun 2024

“Saya adalah orang pertama yang menyambung pelajaran hingga ke peringkat STPM, jadi selepas ini saya ingin meningkatkan taraf hidup penduduk dan peluang pekerjaan kepada penduduk di kampung saya,” katanya yang merupakan Orang Asli suku kaum Jakun.

Selain menunggu tajaan, Roziana juga sedang membuat persediaan untuk menduduki Sistem Ujian Bahasa Inggeris Antarabangsa (IELTS) pada 19 Julai ini.

-RI

Tinggalkan komen anda