Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurPahang

Pertandingan Debat Semakin Dapat Sambutan

By 26 Julai 2025Julai 29th, 2025Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Zayana Isa (Pahang)/Urus Setia Pertandingan Debat Generasi MADANI

TEMERLOH, 26 Jul (MalaysiaAktif) – Pertandingan debat yang melibatkan pelajar sekolah menengah kian mendapat sambutan daripada kalangan sekolah-sekolah di negeri Pahang.

Sebahagian peserta yang terlibat dalam Pertandingan Bahas Generasi MADANI Peringkat Negeri Pahang, Khamis lalu.

Menurut Pegawai Teknikal Bahasa Melayu Negeri Pahang Mohamad Subaidi Abdul Samat penglibatan pelajar di negeri Pahang terutamanya dari sekolah menengah semakin memberangsangkan terutamanya dari Daerah Temerloh.

“Pada tahun ini daerah Temerloh menjadi tuan rumah pertandingan debat dan telah menghantar sebanyak empat pasukan menyertai Pertandingan Debat Generasi MADANI Piala Menteri Pendidikan pada kali ini,” katanya, di sini kelmarin.

Pertandingan debat yang berlangsung dari 22 hingga 24 Julai ini melibatkan 14 buah sekolah dari lapan daerah sekitar negeri Pahang dan Sekolah Menengah Agama Persekutuan (SMAP) Bentong muncul juara setelah berjaya menewaskan pasukan lawan Sekolah Menengah Kebangsaan Purun.

Adik Anis Habriyah dinobatkan sebagai Pembahas Terbaik dari SMAP Bentong

Anis Habriyah Muhammad Fahmirauf dari SMAP turut dinobatkan sebagai Pembahas Terbaik Akhir.

-RI

Tinggalkan komen anda