Skip to main content
Berita TempatanBerita SelatanJohor

Kerajaan Johor Sasar 100,000 Unit Rumah Mampu Milik Johor Menjelang Tahun 2030

By 26 Julai 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Rafezan Shawal/FB Mohd Jafni Md Shukor (Johor Bahru)

JOHOR BAHRU, 26 Jul (MalaysiaAktif) — Inisiatif Rumah Mampu Milik Johor (RMMJ) yang diperkenalkan ini merupakan komitmen berterusan Kerajaan Negeri Johor untuk menyediakan rumah mampu milik bagi membantu golongan B40, M40 dan pembeli rumah pertama.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri, Datuk Mohd Jafni Md Shukor berkata sehingga suku tahun 2025, sebanyak 17,741 unit telah siap manakala 12,259 unit lagi sedang dalam pembinaan

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Datuk Mohd Jafni Md Shukor, berkata sasaran pembangunan RMMJ yang sedang dilaksanakan dibahagikan kepada dua fasa menjelang tahun 2030 agar mencapai 100,000 unit keseluruhannya.

“Bagi mencapai sasaran berkenaan, fasa pertama untuk tahun 2022 hingga 2026 sebanyak 30,000 unit RMMJ dan fasa kedua iaitu tahun 2027 hingga 2030 pula sebanyak 70,000 unit tambahan RMMJ,” katanya.

Sementara itu, Jafni berkata penganjuran Johor Properties Expo (JPEX) 2025 juga merupakan antara langkah utama dalam mencapai sasaran 100,000 unit RMMJ menjelang tahun 2030 mengikut ketetapan Kerajaan Negeri.

Jafni bersama Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi, merasmikan gimik pelancaran Johor Properties Expo (JPEX) 2025 yang menjadi acara dwitahunan Kerajaan Johor

“Untuk JPEX 2025, sebanyak 15,318 unit RMMJ akan ditawarkan termasuk rumah sedia ada kepada rakyat dan beberapa unit baharu yang akan dilancarkan secara berperingkat menjelang tahun 2026 bagi memastikan rakyat dapat memiliki kediaman sendiri,” katanya ketika berucap sempena JPEX 2025 di Padang A, Angsana Johor Bahru Mall, di sini semalam.

Turut hadir, Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi, Setiausaha Kerajaan Johor Datuk Asman Shah Abd. Rahman, Ketua Eksekutif Perbadanan Kemajuan Perumahan Negeri Johor Datin Paduka Dr Suhailizan Suliman dan Pegawai Daerah Johor Bahru Masni Wakiman.

-AA-

Tinggalkan komen anda