
Laporan/foto: Norhayati Shamsu Anuar/Amirul Faisal Rastan
GUA MUSANG, 27 Jul (MalaysiaAktif) – Program wayang pacak anjuran Pejabat Penerangan Daerah (PPD) Gua Musang telah berjaya menghidupkan semula nostalgia hiburan tradisional serta mengeratkan hubungan dengan masyarakat Orang Asli di Padang Kuala Betis malam kelmarin.

Masyarakat Orang Asli menunggu untuk tayangan wayang pacak.
Penayangan filem patriotik sempena bulan kebangsaan itu berjaya menarik kehadiran penduduk termasuk Tok Batin Andi Angah yang mengimbau kenangan zaman kanak-kanaknya.
“Kami berharap lebih banyak program seperti ini diadakan kerana ia menjadi hiburan dan pada masa sama menyemai semangat patriotik,” katanya.
Bagi pelajar sekolah rendah, Muhammad Hafizi Ahmad, 11, ini merupakan pengalaman pertamanya menonton wayang pacak.

Adik Hafizi menerima hadiah cabutan bertuah dan pertama kali menyaksikan wayang pacak.
“Saya amat teruja dan dapat merasai suasana hiburan seperti yang pernah popular dahulu,” ujarnya.
Selain berperanan sebagai hiburan, wayang pacak turut menjadi medium penyampaian maklumat kepada masyarakat setempat, terutama komuniti orang asli yang jarang menikmati pengalaman tayangan luar seperti ini.
-RI





