Skip to main content
Berita TempatanSarawak

Ahli Komuniti MADANI Perlu Sentiasa Kritis Ketika Melayari Internet

By 30 Ogos 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/ foto: Sumardi Sugiman/ Jackson Abell (Sarawak)

BAU, 30 Ogos (MalaysiaAktif) – Ahli Komuniti MADANI perlu bersikap dan berfikiran kritis terhadap apa sahaja maklumat yang terdapat di internet terutamanya membabitkan sesuatu maklumat yang mengelirukan.

Sehubungan itu, Slot Khas Komuniti MADANI X NADI Tanjong Bowang dijadikan platform oleh Pejabat Penerangan Daerah Bau untuk memperkasakan Komuniti MADANI di bawah seliaannya, yang diadakan di sini, semalam.

Sesi soal jawab melibatkan Komuniti MADANI Kampung Daun diketuai Roystein (dua kiri) bersama Stephanie (dua kanan).

Sesi bersama Komuniti MADANI Kampung Daun, Singai menekankan kepada amalan dan panduan penggunaan internet secara selamat kepada ahli komuniti terbabit.

Ketua Komuniti MADANI Kampung Daun Roystein Giles berkata ahli Komuniti MADANI Kampung Daun perlu berhati-hati dan sentiasa memperbudayakan amalan menyemak fakta dan memastikan maklumat yang diterima adalah daripada sumber yang sahih.

“Pendekatan berwaspada dengan apa sahaja tawaran yang kononnya menarik dalam internet juga perlu ada pada setiap pengguna internet dan elakkan mendedahkan maklumat peribadi termasuk yang membabitkan kewangan,” katanya.

Roystein turut menyarankan pengguna internet untuk menggunakan penghalang iklan dan penyekat pop-up pada pelayar, menggunakan wifi yang selamat dan mengemas kini perisian keselamatan sebagai budaya penggunaan internet secara selamat dalam kehidupan harian.

“Lengkapkan komputer atau gajet dengan perisian keselamatan seperti anti-virus atau anti-spyware yang terkini bersama perisian tulen dan elakkan daripada menggunakan perisian keselamatan yang telah tamat tempoh,” katanya.

Perkongsian dan percambahan minda berkaitan isu keselamatan internet juga diadakan.

Pengurus NADI Tanjong Bowang Stephanie Marsella Noyes pula memberi pendedahan mengenai panduan keselamatan penggunaan internet yang bertujuan memberi kesedaran dan mendidik masyarakat supaya tidak menjadi mangsa penipuan.

“Usaha membentuk kesedaran berhubung isu membabitkan penggunaan internet secara selamat perlu dipergiatkan lagi dan harapan juga untuk Komuniti MADANI Kampung Dapat dapat membantu menyebarluaskan perkara ini kepada masyarakat sekitar,”katanya.

-RJ-

Tinggalkan komen anda