Skip to main content
Berita TempatanBerita SelatanJohor

Buli Bukan Budaya Johor, Kerajaan Negeri Tegas Laksana Tindakan Pencegahan Menyeluruh

By 20 Ogos 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Zahid Othman (Johor)

JOHOR BAHRU, 20 Ogos (MalaysiaAktif) – Kerajaan Johor menegaskan komitmen penuh dalam membanteras gejala buli di institusi pendidikan dengan melaksanakan langkah pencegahan secara menyeluruh, selaras titah Pemangku Sultan Johor Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Penerangan negeri Aznan Tamin berkata isu buli yang semakin menular kebelakangan ini amat membimbangkan dan perlu ditangani segera melalui kerjasama semua pihak.

Aznan menziarahi mangsa buli, Izzul Islam Azuan Isaidi, yang sedang mendapatkan rawatan susulan di Hospital KPJ Puteri, Johor Bahru, susulan insiden buli yang tular pada 7 Ogos lalu.

“Johor tampil ke hadapan apabila menjadi negeri pertama menubuhkan Jawatankuasa Khas Anti-Buli Negeri Johor sebagai usaha agresif dan bersepadu bagi menangani masalah ini dengan lebih berkesan.

“Jawatankuasa berkenaan akan bertindak sebagai platform penyelarasan yang melibatkan sekolah, ibu bapa, komuniti, agensi keselamatan dan pihak berkuasa bagi mencari penyelesaian efektif terhadap isu buli,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Beliau berkata antara fokus utama jawatankuasa itu termasuk pemantauan berterusan di sekolah, penyediaan saluran aduan mesra masyarakat yang lebih mudah diakses, pelaksanaan kempen kesedaran anti-buli di peringkat sekolah, komuniti dan media, sokongan kaunseling dan pemulihan kepada mangsa buli, serta tindakan tegas terhadap pelaku buli mengikut undang-undang.

“Sehubungan itu, Kempen Anti-Buli Johor akan diperluas ke seluruh 1,195 sekolah di negeri Johor, 585 sekolah agama, 702 pra-sekolah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia serta institusi pendidikan tinggi (IPT) di Johor,” katanya.

Aznan turut menyeru agar semua pihak berganding bahu menjadikan sekolah sebagai tempat yang selamat, harmoni dan kondusif bagi anak-anak Johor menimba ilmu serta membina masa depan.

-RI

Tinggalkan komen anda