
Laporan/foto: Fairuzan Abdul Majid (Muar)
MUAR, 25 Ogos (MalaysiaAktif) – Komunikasi berkesan adalah elemen penting dalam memastikan rakyat memahami pelbagai inisiatif pembangunan yang dilaksanakan kerajaan persekutuan dan negeri.

Ts Mohamad Fazli bin Mohamad Salleh ketika menyampaikan ucapan Perasmian Program JAUHAR MADANI di TMIYC, Muar.
Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan, Infrastruktur dan Komunikasi negeri Ts Mohamad Fazli Mohamad Salleh berkata justeru Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) berperanan besar menyampaikan maklumat tepat berkaitan pembangunan di seluruh negara.
“Ia termasuk projek pelebaran Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) daripada empat lorong kepada enam lorong dari Simpang Renggam ke Gelang Patah, selain usaha penambahbaikan infrastruktur jalan raya di seluruh negeri,” katanya ketika merasmikan program JAUHAR MADANI di Tunku Mahkota Ismail Youth Centre (TMIYC), di sini kelmarin.
Program tersebut merupakan anjuran J-KOM dengan Kerjasama pelbagai jabatan dan agensi di Johor.

Lafaz Pelbagai kaum turut menyerikan Program JAUHAR MADANI.
Pelbagai pengisian turut diadakan antaranya Forum Kesedaran Kanak-Kanak, pertandingan Treasure Hunt Jauhar MADANI, School Got Talent, pertandingan mewarna, pertandingan pakaian beragam sempena sambutan kemerdekaan serta aktiviti jualan terbuka.
Turut hadir Ketua Pengarah J-KOM Kolonel Bersekutu (PA) Datuk Ismail Yusof dan Pegawai Daerah Muar Zainal Eran.
-FN-






