Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

Komuniti MADANI Jalan Datuk Kumbar Kenali Peranan NADI Alor Malai

By 23 Ogos 2025Ogos 24th, 2025Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Lyana Athirah Mohd Saad (Pokok Sena)

ALOR SETAR, 23 Ogos (MalaysiaAktif) – Komuniti MADANI Jalan Datuk Kumbar berpeluang mengenali dengan lebih dekat peranan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Alor Malai melalui lawatan yang diadakan ke pusat berkenaan, pagi semalam.

Ahli Komuniti MADANI Jalan Datuk Kumbar mendaftar sebagai ahli NADI.

Lawatan anjuran Komuniti MADANI Jalan Datuk Kumbar itu bertujuan memberi pendedahan mengenai kemudahan yang disediakan NADI termasuk tuisyen percuma, latihan kemahiran serta ruang kerja dan internet percuma untuk kegunaan masyarakat.

Ketua Komuniti MADANI Badriah Mustaffa, 59, berkata kemudahan yang ada sangat memberi manfaat khususnya kepada anak-anak sekolah dan golongan komuniti yang memerlukan ruang kondusif.

Ahli komuniti beramah mesra selepas sesi taklimat.

“Tempatnya selesa dan banyak aktiviti boleh dibuat di sini. Mungkin selepas ini kami akan gunakan NADI sebagai lokasi bermesyuarat dan beraktiviti,” katanya.

Program berkenaan diharap dapat memperkukuh hubungan antara komuniti dengan NADI sekali gus membuka lebih banyak peluang pembelajaran dan aktiviti berfaedah untuk masyarakat setempat.

-RI

Tinggalkan komen anda