Skip to main content
Berita TempatanSarawak

Masyarakat Batang Sadong Bersemangat Sertai Program HKHM

By 25 Ogos 2025Ogos 27th, 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/ foto : Rick Anderson Rini (Sarawak)

GEDONG, 25 Ogos (MalaysiaAktif) – Semangat patriotisme masyarakat di kawasan Parlimen Batang Sadong terserlah melalui penganjuran Program JIWA@Komuniti MADANI sempena Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2025 di Dewan Kampung Kanchong Baru, di sini, semalam.

Sesi lafaz ikrar Rukun Negara.

Program turut menyaksikan Konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang(KMJG) melibatkan 14 kenderaan bergerak dari Simunjan menuju ke Gedong dan singgah di beberapa lokasi bagi menyemarakkan sambutan Bulan Kebangsaan di setiap perhentian.

Ketibaan konvoi disambut dengan meriah oleh masyarakat setempat menandakan setiap rakyat dan daerah di Sarawak bersemangat menyertai program bercirikan nilai patriotisme.

Program anjuran Pejabat Penerangan Daerah Simunjan dengan kerjasama Komuniti MADANI Dewan Undangan Negeri Gedong tersebut dirasmikan Pegawai Daerah Gedong Tamida Da’adi dan dihadiri komuniti setempat, ketua-ketua masyarakat dan wakil jabatan kerajaan.

Ucapan perasmian oleh Tamida.

“Tema HKHM Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni, mencerminkan komitmen kerajaan membina masyarakat penyayang dan inklusif, juga selari dengan aspirasi Sarawak Maju Makmur 2030,” kata Tamida ketika merasmikan program tersebut.

Seperti di beberapa lokasi lain, Program JIWA@Komuniti MADANI HKHM di sini juga katanya menekankan kepada semangat mengibarkan Jalur Gemilang sebagai tanda memartabatkan lambang kemegahan negara.

“Marilah kita bersama kibarkan Jalur Gemilang dan menyokong Kempen 1 Rumah 1 Jalur Gemilang sebagai tanda cintakan negara dan saya juga berharap program ini menjadi inspirasi kepada seluruh warga Batang Sadong untuk terus memelihara keamanan, keharmonian, dan semangat kemerdekaan demi kesejahteraan generasi akan datang,” katanya lagi.

-RJ-

Tinggalkan komen anda