Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPulau Pinang

Persembahan Boria Sambut Meriah Kedatangan Konvoi KMJG 2025

By 7 Ogos 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Azimee/ Shamsul Bahari Abdul Shukor

BATU MAUNG, 7 Ogos (MalaysiaAktif) – Kemeriahan sambutan Konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang (KMJG) 2025 Peringkat Negeri Pulau Pinang yang memasuki hari terakhir kelmarin, diserikan lagi dengan persembahan kebudayaan penuh warna-warni oleh pelajar Sekolah Kebangsaan Permatang Damar Laut.

Persembahan sketsa oleh Kumpulan Boria Seri Damar.

Antara yang mencuri tumpuan ialah persembahan boria dan sketsa berunsur kenegaraan oleh Kumpulan Boria Seri Damar di bawah bimbingan guru sekolah, Jamaliah Mat Ros.

Menurut Jamaliah, usaha mengangkat seni budaya negeri itu khususnya boria harus dipertahankan generasi muda agar tidak pupus ditelan zaman.

“Saya sentiasa menggalakkan anak-anak didik saya menyertai program seperti ini kerana ia mampu menyemai rasa cinta kepada tanah air sambil memelihara seni warisan bangsa,” ujarnya ketika ditemui pada program tersebut, di sini.

Majlis perasmian KMJG 2025 Peringkat Daerah Barat Daya disempurnakan Timbalan Ketua Menteri I merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Maung Datuk Dr. Mohamad Abdul Hamid.

Dr. Muhamad hadir menyempurnakan majlis perasmian.

Mohamad dalam ucapannya menekankan kepentingan mengadakan program berunsur kenegaraan seperti KMJG 2025 sebagai wadah menyemarakkan semangat patriotisme dalam kalangan rakyat.

“Penganjuran program ini bukan sekadar simbolik, tetapi sebagai medan menyuburkan rasa cinta dan bangga menjadi rakyat Malaysia,” tegasnya.

Sambutan KMJG 2025 terus menjadi platform memperkukuh jati diri bangsa dan semangat patriotik yang menyatukan masyarakat berbilang kaum di negeri ini.

-RI

Tinggalkan komen anda