Skip to main content
Berita TempatanSarawak

Program JIWA@Komuniti MADANI HKHM Kukuh Silaturahim Komuniti

By 19 Ogos 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/ foto : Laporan/Foto: Sumardi Sugiman / Jackson Abell (Sarawak)

BAU, 19 Ogos (MalaysiaAktif) – Program JIWA@Komuniti MADANI Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2025 di Kampung Daun, Singai, di sini hari ini bukan sahaja menerapkan semangat patriotisme dalam kalangan masyarakat atau komuniti tetapi memupuk semangat kekitaan, perpaduan dan keharmonian dalam hidup bermasyarakat.

Roystein dalam ucapannya mengingatkan semua pihak agar jangan tergesa-gesa menyebarkan sesuatu berita tanpa mengkaji kesahihannya.

Penglibatan generasi muda bersama golongan peringkat usia lain dalam program Jabatan Penerangan Malaysia (JAPEN) terutamanya berkaitan HKHM dapat membentuk nilai murni melalui ikatan silaturahim yang terjalin semasa program berlangsung kepada mereka.

“Program tahunan sebegini amat dinantikan komuniti di sini kerana menjadi platform untuk mengeratkan silaturahim sesama kita melalui pengisian program yang dilaksanakan.

“Lihatlah juga nanti bagaimana bersatu dan bersemangatnya kita mengibarkan Jalur Gemilang di kediaman rumah masing-masing sempena HKHM 2025 ini tanpa mengira latar belakang, usia dan generasi bagi menjayakan Kempen 1 Rumah 1 Jalur Gemilang seperti yang disarankan pihak kerajaan,” kata Ketua Komuniti MADANI Kampung Daun Singai Roystein Giles dalam ucapannya.

Edaran bahan penerbitan oleh kakitangan JAPEN.

Dalam pada itu, Roystein juga mengingatkan komunitinya untuk tidak mudah percaya sesuatu berita atau perkara dan tergesa-gesa menyebarkannya tanpa menyelidiknya terlebih dahulu kerana dikhuatiri boleh memudaratkan komuniti.

Program anjuran Pejabat Penerangan Daerah Bau bersama Komuniti MADANI Kampung Daun, Tabika KEMAS Kampung Daun dan Tabika KEMAS Kampung Segong itu padat dengan pelbagai aktiviti antaranya pertandingan rekacipta, nyanyian lagu-lagu patriotik, bacaan ikrar Rukun Negara, edaran Jalur Gemilang dan slot ceramah inisiatif kerajaan.

-RJ-

Tinggalkan komen anda