Skip to main content
Berita UtaraBerita TempatanKedah

HKHM 2025: JIWA@Komuniti MADANI Hutan Kampung Meriah dengan Sukaneka

By 31 Ogos 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Noor Syuhada Muhamad Yasin/Lyana Athirah Mohd Saad (Pokok Sena)

HUTAN KAMPUNG, 31 Ogos (MalaysiaAktif) – Semangat patriotisme terus disemarakkan melalui penganjuran Program Jalinan Insan Wahana Aspirasi (JIWA) Komuniti MADANI oleh Komuniti MADANI Hutan Kampung.

Ketua Komuniti MADANI Hutan Kampung ketika menyampaikan ucapan.

Program yang berlangsung di sini semalam itu diserikan dengan pelbagai aktiviti sukaneka melibatkan penyertaan daripada semua peringkat umur, bermula kanak-kanak tadika hingga dewasa.

Antara acara yang mencuri tumpuan ialah mengutip gula-gula, lontar bola pingpong serta pelbagai permainan lain yang mendapat sambutan hangat.

Kanak-kanak tadika paling mencuri perhatian apabila mereka berlari penuh semangat sambil bersorak gembira menyertai setiap acara.

Gelak tawa dan sorakan penonton menggambarkan suasana meriah, sekali gus membuktikan bahawa program ini bukan sahaja mengeratkan hubungan masyarakat, malah menjadi platform memupuk nilai patriotik sejak usia muda.

Ketua Komuniti, Othman Hussein, dalam ucapannya menyeru masyarakat setempat agar menghayati erti sebenar kemerdekaan.

“Kemerdekaan bukan sekadar mengibarkan Jalur Gemilang, tetapi memahami perjuangan yang membolehkan kita hidup aman. Anak-anak perlu diajar tentang nilai ini sejak mereka kecil agar semangat cintakan negara terus kekal segar,” katanya.

Kanak-kanak tadika teruja menyertai sukaneka mengutip gula-gula.

Program itu turut memberikan pencerahan mengenai etika pemasangan dan pelupusan bendera yang betul oleh wakil Pejabat Penerangan Daerah Pokok Sena, Lyana Athirah.

Program JIWA@Komuniti MADANI membuktikan semangat kebersamaan dan kecintaan terhadap negara dapat dipupuk melalui aktiviti santai namun sarat dengan nilai murni, selaras dengan konsep Malaysia MADANI.

-RI

Tinggalkan komen anda