
Laporan/foto: Siti Zuraida/Pejabat Khidmat Masyarakat Parlimen Jempol
JEMPOL, 31 Ogos (Malaysiaaktif) – Kembara Merdeka Akar Umbi 2.0 bukan sekadar konvoi sempena Sambutan Hari Kebangsaan 2025, tetapi wadah menyemarakkan semangat cintakan negara.
Menurut Jalaludin Alias, EXCO Kanan Kerajaan Negeri Sembilan, penganjuran ini juga mampu mengeratkan silaturahim antara pemimpin dan rakyat.

Jalaludin (kanan), berkata Kembara Merdeka Akar Umbi 2.0 merupakan wadah untuk menyemarakkan lagi rasa cinta kepada negara.
Beliau berkata demikian kepada pemberita di Dataran Majlis Perbandaran Jempol,di sini semalam.
Terdahulu program berkenaan telah disempurnakan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.
Lebih 450 buah motosikal menyertai konvoi dengan Jempol sebagai lokasi permulaan perjalanan sebelum meneruskan jelajah ke seluruh Negeri Sembilan.
Konvoi itu menjadi simbol perpaduan dan tekad masyarakat untuk terus menyalakan semangat kemerdekaan yang diwarisi sejak 1957.
-RI





