Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurPahang

Sorakan Merdeka Murid SK Jerantut Jaya Sambut Konvoi KMJG

By 14 Ogos 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Azrul Azham/Sh. Nurul (Jerantut)

JERANTUT, 14 Ogos (MalaysiaAktif) – Suasana di Sekolah Kebangsaan Jerantut Jaya (SKJJ) gamat dengan laungan ‘Merdeka! Kita Merdeka!’ apabila kira-kira 400 murid berbaris di tepi pagar sekolah sambil mengibarkan Jalur Gemilang dengan penuh semangat bagi menyambut deretan kenderaan Konvoi Merdeka Jalur Gemilang (KMJG) 2025 Negeri Pahang, di sini semalam.

Guru Penolong Kanan Sekolah Tan Yahya turut teruja menantikan konvoi KMJG yang akan melalui sekolah mereka.

Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SKJJ Tan Yahya Tan Ibrahim berkongsi kegembiraannya melihat keterujaan murid-murid sepanjang program berlangsung.

“Pengalaman ini sangat menggembirakan mereka sehingga sanggup berbaris menyambut konvoi sambil mengibarkan Jalur Gemilang dan melaungkan ‘Merdeka! Kita Merdeka!’.”

“Saya berharap pengalaman seperti ini dapat dirasai lagi pada masa akan datang,” katanya kepada MalaysiaAktif.

Sementara itu, Guru Kanan SKJJ Khairil Azwan Ahmad berkata suasana sambutan tersebut merupakan satu pengalaman yang dapat memupuk rasa cinta akan negara dalam kalangan murid.

Cikgu Khairul bangga mengibarkan Jalur Gemilang.

“Saya berharap Jalur Gemilang sentiasa dihormati sebagai simbol penting negara Malaysia yang kita cintai,” katanya dengan penuh semangat.

Majlis pelepasan konvoi disempurnakan Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia (JAPEN) Pahang merangkap Ketua Konvoi Rohani Chik bersama Pengerusi DAZ Bikers Datuk Sri Zulhairi Abdul Kadir serta wakil Pegawai Daerah Jerantut Abd Halim Hamid.

-RI

Tinggalkan komen anda