Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurTerengganu

Waspada Jerat Kerja Palsu, Komuniti MADANI Giat Kesedaran Keselamatan Dalam Talian

By 12 Ogos 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Sukri Ibrahim (Dungun)

DUNGUN, 12 Ogos (MalaysiaAktif) – Orang ramai dinasihatkan agar sentiasa berhati-hati terhadap sebarang tawaran kerja yang diiklankan di semua platform media sosial.

Pegawai Ibu Pejabat Polis Daerah Dungun, Insp. Muhamad Azahari Musa, turut mengingatkan bahawa tawaran kerja mencurigakan kerap disebarkan melalui aplikasi seperti TikTok, Facebook dan Telegram.

Insp. Muhamad Azahari menyampaikan peringatan kepada orang ramai agar sentiasa berwaspada ketika melayari media sosial bagi mengelak menjadi mangsa penipuan.

“Mereka biasanya mengumpan mangsa dengan janji pendapatan lumayan sebelum meminta bayaran pendahuluan atau maklumat peribadi yang akhirnya disalah guna,” katanya pada Program Kesedaran Keselamatan Dalam Talian dan Penipuan Tawaran Pekerjaan di sini semalam.

 

Beliau turut mengingatkan bahawa modus operandi sindiket itu adalah termasuk meminta mangsa membayar sejumlah wang terlebih dahulu kononnya bagi mendapatkan pekerjaan, sama ada di dalam atau luar negara.

Mejar Mustaffar Salleh, berharap manfaat program dapat dikongsi dan disebarkan kepada ahli keluarga.

Program Komuniti MADANI Kampung Nyior, Paka bersama Pejabat Penerangan Daerah Dungun dengan sokongan Ibu Pejabat Polis Dungun dan Balai Polis Paka itu bertujuan mendidik masyarakat mengenai bahaya jenayah siber khususnya penipuan tawaran pekerjaan yang semakin berleluasa di Dungun.

Selain sesi penerangan, program turut menyediakan pemeriksaan kesihatan wanita oleh petugas Klinik Kesihatan Kampung Nyior meliputi saringan tekanan darah, tahap gula dan pemeriksaan sakit puan.

-RI

Tinggalkan komen anda