Skip to main content
Berita TempatanBerita SelatanMelaka

WRUR Semai Nilai Kasih Sayang, Keperihatinan dan Perpaduan

By 4 Ogos 2025Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Hafizul Adzhari/Azreen Ahmad

ALOR GAJAH, 4 Ogos (MalaysiaAktif) – Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Rembia secara rasminya bermula semalam sehingga 16 Ogos ini.

Penyerahan bendera WRUR kepada seluruh JPKK DUN Rembia.

Sebanyak 160 program yang menyentuh seluruh lapisan masyarakat dalam kesemua aspek seperti kebajikan, kesihatan, sukan, pendidikan dan program keagamaan telah diatur hasil kerjasama jabatan, agensi dan kesemua Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK).

Pengerusi Jawatankuasa Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital merangkap Pengerusi Penyelaras DUN Rembia Datuk Fairul Nizam Roslan berkata WRUR bukan sahaja tentang menyampaikan perkhidmatan, malah wadah menyemai kasih sayang, keprihatinan dan perpaduan dalam masyarakat.

“Saya menyeru kepada semua warga DUN Rembia, marilah kita bersama sama menjayakan program ini,” katanya.

-RI

Tinggalkan komen anda