Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurKelantanMA

180 Murid SK Tebing Tinggi Semarakkan Sambutan Merdeka di Guillemard Bridge

By 1 September 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Noor Farihah Mohamed Rahim

TANAH MERAH, 1 Sept (MalaysiaAktif) – Sempena sambutan Hari Kebangsaan, 180 murid Sekolah Kebangsaan (SK) Tebing Tinggi berarak sejauh lebih dua kilometer menuju Jambatan Guillemard, Kusial River, Tanah Merah sambil mengibarkan Jalur Gemilang dengan penuh bangga, Khamis lepas.

Murid-murid berarak sambil mengibarkan Jalur Gemilang.

Perarakan seawal jam 7.45 pagi itu disertai murid tahun satu hingga enam bersama guru, ibu bapa dan komuniti setempat, dengan masing-masing tampil bergaya dalam pakaian tradisional.

Guru Besar SK Tebing Tinggi, Mohd Jailani Abdullah berkata penglibatan murid-murid menjadi bukti semangat cinta akan negara terus subur dalam jiwa generasi muda.

“Program ini amat bermakna kerana bukan sahaja memeriahkan sambutan Hari Kebangsaan, malah mampu meninggalkan kesan mendalam kepada jiwa anak-anak untuk menghargai erti kemerdekaan. Ia akan menjadi kenangan indah yang dibawa hingga dewasa,” katanya kepada MalaysiaAktif.

Murid-murid dan komuniti setempat mengikuti perarakan.

Sementara itu, Nor Fadilah Mahmud, 41, yang turut hadir bersama anaknya berkata, program itu penting untuk mendidik generasi baharu memahami makna sebenar kemerdekaan.

“Tergambar wajah ceria anak-anak yang seronok menyambut hari kebangsaan saban tahun. Aktiviti seperti ini mendidik mereka supaya lebih menghargai negara sejak kecil lagi. Saya berharap ia dapat diteruskan pada masa akan datang,” ujarnya.

-FN

Tinggalkan komen anda