Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

Menjaga Batas Kemerdekaan Teras Kesejahteraan Negara

By 1 September 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohammad Rasuli/Wan Izati (Bagan Datuk)

HUTAN MELINTANG, 1 Sep (MalaysiaAktif) – Menjaga batas kemerdekaan merupakan tanggungjawab bersama seluruh rakyat Malaysia bagi memastikan nikmat kebebasan yang dikecapi sejak 1957 kekal terpelihara.

Khairuddin (tengah) menyeru agar rakyat menggunakan kebebasan dengan bijak dan berhemah.

“Menyambut kemerdekaan bukan sekadar simbol kebebasan, tetapi menuntut disiplin, rasa hormat terhadap undang-undang dan kesedaran sivik agar kesejahteraan negara dapat dikekalkan untuk generasi akan datangi.

“Jadi, marilah kita bersama-sama menggunakan kebebasan dengan bijak dan berhemah tanpa melampaui garis yang boleh merosakkan keharmonian serta kedaulatan negara,” kata Pegawai Tugas-Tugas Khas Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah Datuk Khairuddin Tarmia ketika berucap pada Program Sambutan Hari Kebangsaan Ke-68 peringkat Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Taman Desa Bernam Lama dan Baru, di sini semalam.

Katanya lagi, mengekalkan kemerdekaan juga adalah tuntutan bersama.

Aktiviti perarakan turut diisi dengan aktiviti penyampaian sumbangan.

Sementara itu, Pengerusi KRT Taman Desa Bernam Lama dan Baru Abdul Ghani Nekmat berkata antara pengisian dalam program tersebut adalah pertandingan busana merdeka, permainan dart dan pakaian berhias.

“Aktiviti yang dianjurkan sangat menarik sesuai dengan Tema Kemerdekaan tahun ini iaitu ‘Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni’.

“Kami turut mengadakan perarakan kemerdekaan sejauh 500 meter yang diisi dengan penyampaian sumbangan kepada penghuni yang memerlukan,” ujarnya.

-RI

Tinggalkan komen anda