Skip to main content
Berita TempatanBerita SelatanJohor

Lorong Smart Lane Arah Selatan Senai–Kulai Ditutup Mulai 22 September

By 19 September 2025Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Zahid Othman/Facebook PLUS Malaysia

JOHOR BAHRU, 19 Sep (MalaysiaAktif) – PLUS Malaysia Berhad (PLUS) akan menutup laluan Smart Lane dari Kulai ke Senai di Kilometer (KM) 26.5 hingga KM19.3 arah selatan Lebuhraya Utara-Selatan bermula 22 September ini.

Menurut kenyataan media yang dikeluarkan semalam, penutupan tersebut dilaksanakan bagi memberi laluan kepada Projek Pembinaan Lorong Tambahan Lebuhraya Utara-Selatan, laluan Senai Utara ke Kulai (Fasa 1 Pakej B).

“Sepanjang tempoh ini, dua lorong sedia ada akan kekal dibuka bagi mengekalkan aliran trafik di kawasan terlibat.
“Pengguna lebuh raya dinasihatkan supaya merancang perjalanan lebih awal, mendapatkan maklumat trafik terkini melalui Aplikasi PLUS, PUTRI, X@plustrafik atau papan tanda elektronik (VMS) serta mematuhi semua arahan papan tanda dan petugas PLUS di lokasi,” menurut kenyataan itu.

PLUS turut menasihati pengguna supaya menghubungi talian PLUSLine 1800-88-0000 untuk mendapatkan bantuan kecemasan.

-RI

Tinggalkan komen anda